Profile linkies entry DASHBOARD
ikea...
Thursday, 26 July 2012 - Permalink | 0 Comments

9 Rahsia Bisnes IKEA Terbongkar




IKEA, satu jenama global yang tidak perlu diperkenalkan lagi di Malaysia. Hampir setiap dari kita mengenali jenama ini sepertimana kita mengenali jenama McDonald’s dan Bata.

Logo IKEA

Malah seorang rakan penulis berserta ibubapanya dari Acheh yang pernah datang ke Malaysia setahun yang lalu meminta dibawa ke gedung IKEA di Mutiara Damansara untuk membeli beberapa produknya bagi dibawa pulang ke Acheh.



Begitulah hebatnya penangan IKEA, sebuah jenama perabot dan kelengkapan rumah yang berasal dari Sweden. Bagaimana IKEA yang diasaskan oleh seorang remaja berusia 17 tahun, Ingvar Kamprad, di sebuah kampung kecil pada tahun 1943 berkembang menjadi sebuah jenama global yang mempunyai kehadiran di 44 buah negara dalam tempoh 57 tahun?

Jawapannya adalah dengan melihat kepada strategi perniagaan IKEA yang terangkum di dalam visi, idea perniagaan dan kenyatan kedudukan pasarannya (market positioning statement).

Visi, Idea Perniagaan, Market Positioning Statement


Visi IKEA adalah ‘Untuk membentuk kehidupan seharian yang lebih baik untuk semua orang’. Idea perniagaannya pula adalah ‘Menawarkan pelbagai produk kelengkapan rumah yang praktikal dan direkabentuk dengan elok, pada harga yang rendah agar seberapa ramai orang dapat memilikinya’.

Manakala market positioning statement IKEA menyatakan dengan jelas ‘Rakan anda untuk kehidupan yang lebih baik. Kami melaksanakan bahagian (peranan) kami, anda melaksanakan bahagian anda dan bersama kita menjimatkan wang’.

Visi, idea perniagaan, market positioning statement IKEA menjadi teras komunikasi pemasaran IKEA yang disasarkan untuk membina jenama IKEA dan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk datang ke gedungnya.

IKEA menekankan konsep membina hubungan dengan pelanggan dan untuk mencapai tujuan ini, terdapat sembilan mesej utama ditekankan di dalam komunikasi pemasarannya seperti berikut:

Rahsia #1 – Konsep Yang Unik


Konsep IKEA adalah berdasarkan market positioning statementnya yang dinyatakan di atas. ‘Kami melaksanakan bahagian (peranan) kami’ mengfokuskan pada komitmen IKEA pada rekabentuk produk, nilai pelanggan dan penyelesaian yang bijak.

Konsep Kedai IKEA

Dengan menggunakan bahan yang tidak mahal, meminimumkan proses pengeluaran, pengedaran serta harga runcit, pelanggan IKEA mendapat faedah dengan berpeluang membeli produknya pada harga yang rendah.

Rahsia #2 – Kepelbagaian Produk


IKEA memastikan terdapat pelbagai produk yang ditawarkan agar dapat menarik perhatian dan agar terdapat produk yang bersesuaian untuk setiap seorang yang datang ke gedungnya.

Barisan produk yang dihasilkan merangkumi kesemua fungsi dalam kediaman sama ada di dapur, bilik tidur, ruang makan, ruang berehat, ruang bekerja malah bilik air. Produk yang dihasilkan adalah moden tetapi tidak bergaya (trendy) agar ianya praktikal untuk kegunaan harian.

Rahsia #3 – Pakar Melengkapi Kediaman


IKEA Pakar Pelengkap Kediaman

Produk IKEA bukan sahaja perlu menarik perhatian tetapi mempunyai kefungsian (functional) dan membolehkan orang ramai untuk menambah baik kehidupan seharian mereka menerusi penyelesaian yang praktikal kepada masalah yang biasa dihadapi sehari-hari dalam menguruskan kediaman.

Rahsia #4 – Menawarkan Harga Rendah


Bagi IKEA, harga rendah tidak akan mampu menarik perhatian sekiranya pelanggan tidak mendapat apa-apa nilai dari wang yang dibelanjakan.

IKEA Menawarkan Harga Rendah Di Pasaran

Justeru, IKEA komited dalam membina hubungan yang rapat dengan pembekal-pembekalnya agar produk yang dihasilkan mereka berkualiti, dihasilkan dengan kaedah pengeluaran yang ekonomikal dan dibeli dalam jumlah yang banyak untuk mengurangkan kos.

Untuk merendahkan lagi kos agar harga kekal rendah, majoriti produk perabot IKEA diceraikan dan dibungkus dengan teknik pembungkusan rata (flat-packed).

Dengan cara ini, lebih banyak produk perabot dapat diangkut dalam satu lori dan ini menurunkan kos pengangkutan dan pemasangan untuk setiap produk (cost per product).

Rahsia #5 – Fungsi & Rekabentuk Menarik


Fungsi & Rekabentuk Produk Yang Menarik

IKEA menekankan faktor kefungsian dalam rekabentuk produknya di mana ianya perlu menarik, praktikal dan mudah digunakan. Produknya tidak mengandungi ciri-ciri yang tidak perlu (tidak ada fungsi), memberi penyelesaian untuk setiap keperluan dalam melengkapi kediaman dan diperbuat dari bahan yang bersesuaian berdasarkan kegunaannya.

Rahsia #6 – Kualiti Yang Tepat


Kualiti produk yang dihasilkan perlu bersesuaian dengan tujuan penggunaan produk tersebut. Sebagai contoh, bagi rak buku IKEA, panel belakang rak buku tersebut akan diperbuat dari bahan yang lebih rendah harganya tapi masih memenuhi tujuannya iaitu melindungi buku dari kotoran dan dari terjatuh ke belakang.

Produk-produk IKEA juga perlu melalui ujian yang ketat dan lasak bagi memastikan ianya mencapai piawai (standard) keselamatan antarabangsa dan sesuatu negara.

Rahsia #7 – Membeli-belah Dengan Mudah


Gedung IKEA menawarkan semuanya di bawah satu bumbung. Pelan susunan (layout plan) gedungnya mempunyai laluan yang luas dan setiap produk disusun berdasarkan tempat kegunaannya di dalam sesebuah kediaman (ruang tamu, dapur dan sebagainya).

IKEA Pelan Membeli Dengan Mudah

Kebanyakkan produknya boleh dibawa pulang serta merta termasuk perabot melainkan stok produk tersebut telah habis. Terdapat pelbagai servis yang ditawarkan oleh IKEA seperti penghantaran dan pemasangan yang boleh dipilih oleh pelanggan.

Untuk membantu pelanggan membuat keputusan pembelian yang tepat dengan mudah pula, IKEA memastikan produk-produknya diperagakan dengan betul, mempunyai gambaran dan spesifikasi produk yang tepat dan mempunyai polisi pemulangan yang mudah.

Rahsia #8 – Aktiviti Untuk Seisi Keluarga


Peragaan produk di gedung IKEA tidak hanya untuk memberi inspirasi dan idea kepada pelanggan, malah ia diperagkan agar pelanggan boleh memegang, merasai dan menggunakannya. Dengan cara ini, mereka dapat menentukan kesesuaian produk tersebut di kediaman mereka.

Sebagai contoh perabot-perabot ruang tamu IKEA diperagakan agar menyerupai ruang tamu sebenar yang terdapat kediaman yang lengkap dengan sofa, meja, televisyen, rak buku, meja sisi, karpet dan sebagainya.

Untuk kemudahan seisi keluarga pula disediakan kawasan permainan untuk kanak-kanak, surau, penganjuran aktiviti-aktiviti khas dan restoran untuk menjamu selera.

Rahsia #9 – Swedish IKEA


IKEA Menekankan Konsep Swedish

Setiap mesej IKEA di atas berhubung kait dengan Swedish yang merupakan asal-usul jenama IKEA. IKEA mempromosikan gaya Swedish di mana perabot-perabotnya adalah ringan, menyegarkan dan tidak bertujuan untuk bermegah atau menunjuk-nunjuk. Intipati gaya Swedish yang ingin digalakkan adalah kesederhanaan, praktikaliti dan bersahaja (informality

Newer Post
Older Post